Kolej Epitome rai 42 anak yatim

Iklan
Dari kiri, Isma Alif, Azlina Aziz dan Musly Ramly membuat persembahan pada majlis berbuka puasa anjuran Kolej Epitome yang diadakan pada April lalu.

SHAH ALAM - Kolej Epitome meraikan seramai 42 orang anak yatim dari Yayasan Noor Manzil dan Pusat Jagaan Baitul Hidayah pada majlis berbuka puasa yang dianjurkannya pada April lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Epitome, Kapten (Bersara) Khairul Nizam Mohamad berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk memberikan sumbangan seperti makanan, keperluan asas, duit raya dan sepasang baju raya kepada mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerima sumbangan merupakan 12 orang kanak-kanak daripada Yayasan Noor Manzil dan 30 orang dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah.

"Kami berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Khairul Nizam berkata, selaras dengan misi dan visi Kolej Epitome, pihaknya ingin melahirkan graduan yang dapat menghadapi cabaran dunia kerjaya dari segi ekonomi dan sosial supaya mereka sentiasa aktif dalam membentuk masa depan.

Dalam majlis berkenaan, artis veteran seperti Musly Ramly, Adlin Aman Ramli, Isma Alif, Azlina Aziz dan Datin Paduka Julie Sudiro telah memeriahkan majlis dengan membuat persembahan yang menghiburkan.

Iklan

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengetua Kolej Epitome, Professor Datuk G Balasubramaniam dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.