Saya terpaksa minta maaf tak dapat beri duit: Uncle Kentang

Iklan
Kuan Chee Heng

SEMENYIH - Calon Bebas, Kuan Chee Heng memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954) iaitu kesalahan ‘treating’ (belanja).

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, niatnya untuk membantu orang susah pada PRK DUN Semenyih terbatas kerana akta tersebut.

Iklan
Iklan

"Jika saya terjumpa keluarga yang susah dan tiada duit untuk proses pengurusan jenazah. Saya tidak boleh memberi mereka duit kerana undang-undang itu. Adakah ini adil ke atas diri waris itu?," soalnya.

Menurut Uncle Kentang, beliau baru berjumpa dengan sepasang suami isteri yang mempunyai enam anak dan hidup dalam keadaan susah.

Iklan

"Mereka berhadapan masalah kehidupan seharian, saya terpaksa meminta maaf kepada mereka kerana tidak boleh memberi wang," katanya.

Calon Bebas, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) melawat petugas-petugas media di Pusat Media Semenyih, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Chee Heng berkata, dalam hal ini, setiap calon sepatutnya perlu lebih telus ketika berkempen.

Iklan

"Kita bukan mahu beri rasuah. Pihak berkenaan juga boleh menggubal undang-undang. Sebagai contoh, calon juga boleh mengisi borang untuk memaklumkan mereka bagi duit belanja itu kepada siapa dan untuk apa," katanya.

Terdahulu, semua calon PRK Dewan DUN Semenyih diingatkan, perbuatan ‘membelanja’ pengundi dengan memberi makanan atau minuman untuk meraih undi adalah kesalahan mengikut undang-undang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata tindakan itu tersenarai sebagai satu kesalahan dalam pilihan raya mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954) iaitu kesalahan ‘treating’ (belanja).