Manifesto rakyat: GBM, CSO minta masyarakat beri cadangan

Iklan
GBM dan CSO Platform memohon agar masyarakat awam dapat memberi input kepada manifesto rakyat.

SHAH ALAM - Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Platform Pertubuhan Masyarakat Madani untuk Perubahan (CSO Platform) memohon agar masyarakat awam dapat memberi input serta penyerahan untuk manifesto rakyat.

Menurut kenyataan, manifesto di bawah 27 tema polisi tersebut merupakan projek kolaboratif yang penting dan bermakna kerana dipercayai pilihan raya umum (PRU) akan diadakan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, manifesto tersebut bertujuan untuk mengumpul dan mewakili pelbagai suara daripada rakyat Malaysia yang berhajatkan kepada persamaan substantif serta menuju kepada sebuah negara yang harmoni dan progresif.

"Manifesto ini adalah ringkas dan tepat, dengan tuntutan yang jelas daripada rakyat untuk membimbing pemerintah yang terpilih secara demokratik bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam memelihara semua supaya tidak ada yang ketinggalan.

Iklan

"Manifesto rakyat ini akan mengambil pendekatan dari bawah ke atas, inklusif, gerakan pembinaan gabungan yang meluas dan menyeluruh di mana peserta, yang berkongsi aspirasi dan nilai yang sama, dapat merasai pemilikan manifesto tersebut.

"Ia juga akan memberi ruang suara golongan yang terdedah kepada penganiayaan, yang tidak mempunyai kuasa dan yang terpinggir untuk diwakili dan dipantulkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

GBM dan CSO Platform berkata, projek manifesto bertujuan untuk memperkasakan pertubuhan bukan klerajaan (NGO), kumpulan awam dan individu bagi mendapatkan sokongan atau pengiktirafan daripada masyarakat umum dan parti politik.

Jelasnya, 27 tema polisi tersebut disusun dalam tiga tonggak, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian atau bangsa Malaysia; mempromosi, menambah baik dan mempertahan hak, kebebasan masyarakat sivil selain menuju ke arah masyarakat yang adil, saksama dan demokratik.

"Isu-isu yang timbul dari lokasi geografi, kumpulan demografi yang terkesan contohnya wanita, kanak-kanak, remaja dan dasar tematik misalnya keadilan ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembasmian rasuah terbuka untuk diserahkan,” ujarnya.

Jelas GBM dan CSO Platform, sebarang cadangan boleh melalui http://bit.ly/ManifestoRakyat sebelum tarikh akhir pada 11 Jun 2021.

Tambahnya, untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini projek manifesto rakyat boleh layari laman web http://www.facebook.com/ManifestoRakyat2021.