Saya mohon maaf kerana langgar SOP, kata Tun M

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf terhadap tindakannya yang dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Langkawi pada Sabtu lalu.

Dr Mahathir berkata, beliau dikatakan telah melanggar SOP kerana tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke dalam Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah, Langkawi.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

"Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, tular di media sosial yang memaparkan video yang menunjukkan bahawa Dr Mahathir melanggar SOP ketika menghadiri satu majlis di Langkawi.

Dr Mahathir dipaparkan gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau tersebut walaupun disediakan alat pengimbas suhu dan juga kod imbasan MySejahtera.

Iklan

Menurutnya, pada 8 Mei beliau balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sumbangan pada Ramadan serta Aidilfitri di kawasan Parlimennya antaranya sumbangan raya kepada penduduk di surau tersebut.

"Covid-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

"Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.