Covid-19: 4 rakyat Malaysia antara 25 kes baharu di Singapura

Iklan
Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes di Singapura dilaporkan sebanyak 61,403 dengan 11 kluster.

SINGAPURA - Empat rakyat Malaysia antara 25 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di sini pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Memetik data dikeluarkan lewat malam Selasa, kementerian itu berkata, dua daripadanya berkaitan dengan kluster kes 62,873, seorang tukang cuci berusia 88 tahun di Terminal 3 Bandara Changi, yang disahkan positif pada 5 Mei.

Iklan
Iklan

Seorang lagi disahkan positif varian B1617 menerusi ujian saringan awal dan kini menunggu keputusan ujian selanjutnya, kata kementerian itu.

Setakat ini, kluster itu mempunyai 18 kes, kesemuanya membabitkan pekerja di Terminal 1 atau Terminal 3 Changi.

Iklan

Sementara itu, dua lagi kes melibatkan rakyat Malaysia, seorang daripadanya bekerja sebagai juruteknik di Ng Teng Fong General Hospital, dikategorikan tidak berkait dengan kluster berkenaan.

Keputusan ujian serologinya kekal positif, kata kementerian itu.

Iklan

Masih tidak dapat dipastikan bila juruteknik itu dijangkiti namun, menurut kementerian semua langkah pencegahan kesihatan awam yang sewajarnya akan diambil.

Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes di Singapura dilaporkan sebanyak 61,403 dengan 11 kluster. - Bernama