Covid-19: Rekod tertinggi 39 kematian, 4,765 kes baharu

Iklan
Dr Noor Hisham

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jumlah kematian pada Rabu mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 39 orang, manakala kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada 4,765 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 453,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 2,082 kes diikuti Kuala Lumpur (540) Sarawak (405).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Johor pula mencatatkan 348 kes, Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (226), Perak (172), Negeri Sembilan (122), Melaka (110), Sabah (70) dan Pahang (63).

"Sebanyak 60 kes dicatatkan di Terengganu manakala Labuan enam kes, Putrajaya (empat) dan Perlis satu kes sahaja,” katanya di Twitter pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 3,124 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 411,360 dicatatkan.

Katanya, jumlah kes aktif setakat ini ialah 40,101 manakala sebanyak 469 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Iklan