Wanita hamil koma dipukul suami

Iklan
Perkongsian adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suaminya. Gambar kiri: Mohd Padzli

JOHOR BAHRU - Seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Wanita tersebut mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain.

Iklan
Iklan

Kejadian yang menimpa wanita itu dimuat naik adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri.

Menurut posting wanita berkenaan, otak kakaknya berdarah dan terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang koma.

Iklan

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial sekali gus mendapat kecaman hebat warga netizen.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.