250,000 rakyat India maut akibat Covid-19

Iklan
Sebanyak 4,205 lagi kematian dicatatkan sejak 24 jam lalu, manakala 348,421 kes baharu dilaporkan.

NEW DELHI - Angka kematian Covid-19 di India pada Rabu kini mencecah 254,197 dengan jumlah kes melebihi 23 juta, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sebanyak 4,205 lagi kematian dicatatkan sejak 24 jam lalu, manakala 348,421 kes baharu dilaporkan.

Iklan
Iklan

Kira-kira 3,704,099 kes aktif dilaporkan, penurunan 11,122 kes. Ini adalah hari kedua berturut-turut berlaku penurunan dalam kes aktif.

Setakat ini, sejumlah 19,382,642 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Iklan

Ketika kes Covid-19 terus memuncak, kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya untuk mengatasi keadaan yang semakin buruk. Beberapa negeri sudah menguatkuasakan perintah berkurung waktu malam atau sekatan pergerakan separa.

New Delhi kini berada di bawah sekatan pergerakan kali yang ketiga sehingga 17 Mei, beberapa peperiksaan sekolah sama ada dibatal atau ditangguhkan.

Iklan

Program vaksinasi di India dimulakan pada 16 Januari, fasa ketiga untuk penduduk berusia 18 tahun ke atas bermula pada 1 Mei. Lebih 175 juta dos vaksin sudah disuntik.

Sementara lebih 307 juta ujian saringan telah dibuat setakat ini.

India menggunakan dua jenis vaksin iaitu Covishield dan Covaxin manakala dos pertama Sputnik-V buatan Rusia mula digunakan pada 1 Mei. - Bernama