Kantoi sembunyi dalam bonet kereta untuk rentas negeri

Iklan
Wanita warga Indonesia bersembunyi dalam bonet untuk merentas negeri tanpa kebenaran di SJR Tol Simpang Ampat Alor Gajah, di sini, pada Rabu.

ALOR GAJAH - Tindakan seorang wanita warga Indonesia yang bersembunyi dalam bonet sebuah kenderaan e-hailing untuk merentas negeri tanpa kebenaran, akhirnya berjaya dihidu polis ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Covid-19, di Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kereta Proton Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan anggota polis yang bertugas sebelum pemeriksaan di bahagian bonet mendapati wanita berusia 28 tahun dari Nilai, Negeri sembilan berada dalam keadaan terbaring.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, soal siasat awal mendapati pemandu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu mahu menghantar wanita yang tidak mempunyai pasport perjalanan sah itu berjumpa suaminya yang telah setahun tidak bertemu di Rembia, Alor Gajah.

Menurutnya, wanita yang sebelum itu duduk di bahagian belakang kenderaan, bertindak masuk ke dalam bonet sebelum melalui SJR berkenaan dan perbuatan itu dilihat anggota yang bertugas.

Iklan

"Ketika kejadian anggota bertugas terdiri daripada empat anggota polis, dua anggota tentera dan seorang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Penahanan lelaki itu kemudian membawa kepada tangkapan kedua yang dimaklumkan dari Nilai untuk ke Rembia, Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Mengulas lanjut, Arshad berkata, kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan lelaki itu turut disiasat di mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah.

"Wanita itu pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada pengenalan diri yang sah," katanya.