Kedutaan Iran kutuk serangan Israel ke atas Palestin

Iklan
Rakyat Palestin berdiri di atas runtuhan sebuah pangsapuri yang musnah akibat serangan udara Israel di Gaza pada awal hari Selasa. - Foto AFP

KUALA LUMPUR - Kedutaan Iran di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah di Masjid Al-Aqsa, yang menyebabkan kematian dan kecederaan pada Jumaat lalu.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, kedutaan berkata, serangan itu perlakuan jahat yang jelas tidak berperikemanusiaan dan membuktikan kepada dunia betapa kejamnya tindakan rejim zionis.

Iklan
Iklan

Kedutaan juga menekankan pentingnya masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk menghentikan pencabulan terhadap hak asasi manusia.

"Kedutaan di Malaysia mengulangi sokongan padunya terhadap hak dan perjuangan rakyat Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa bertegas dan bertindak balas terhadap serangan rejim Zionis itu dan memastikan mereka bertanggungjawab atas kekejaman yang dilakukan,” kata kenyataan itu.

Iklan

Iran sentiasa teguh menyokong serta bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selain berharap mereka yang cedera cepat pulih. - Bernama

Iklan