KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 12 tengah hari Rabu.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan media Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam versi bahasa Inggeris seperti tular dalam media sosial.