SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu pusat pelupusan dan penjualan besi buruk yang dijadikan tempat operasi sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di Kampung Melayu Subang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata,
Iklan
Iklan
dalam serbuan lebih 10 jam yang berakhir jam 3 pagi itu sebanyak 16 tong LPG, 60 tong gas silinder, lebih kurang 5,000 liter minyak diesel disita dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM20,000.
Menurutnya, lokasi itu didapati dijadikan pusat kegiatan pemindahan LPG daripada tong LPG bersubsidi ke tong LPG industri tidak bersubsidi untuk dijual kepada pihak industri.
"Hasil siasatan, premis itu tidak mempunyai kebenaran atau surat kuasa bagi penggunaan diesel dan gas silinder LPG bersubsidi,” katanya.
Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan pemilik dan sindiket penyelewengan LPG yang aktif beroperasi secara haram di sekitar negeri sini.
"KPDNHEP juga akan mengesan pembekal yang membekalkan barangan kawalan kepada pihak atau individu yang tidak berlesen bagi memastikan jenayah penyelewengan ini dapat dibanteras,” katanya.