Rakyat AS dibenar tidak pakai pelitup muka di kawasan terbuka

Iklan
Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tertutup yang sesak seperti di dalam bas, pesawat, hospital, penjara dan rumah perlindungan golongan gelandangan. - Foto Reuters

WASHINGTON - Rakyat Amerika Syarikat yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan terbuka.

Malah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu turut membenarkan kumpulan berkenaan untuk tidak memakai pelitup muka di kebanyakan kawasan tertutup yang tidak sesak.

Iklan
Iklan

Garis panduan baharu dikeluarkan itu adalah sebagai usaha untuk kembali menuju ke kehidupan yang lebih normal pra-pandemik.

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tertutup yang sesak seperti di dalam bas, pesawat, hospital, penjara dan rumah perlindungan golongan gelandangan.

Iklan

Ini juga akan membantu mengurangkan sekatan untuk membuka semula tempat kerja dan sekolah.

Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky berkata, beberapa perkara telah berlaku dalam dua minggu terakhir yang membolehkan garis panduan baharu itu dibenarkan.

Iklan

Walensky menyatakan sebagai permulaan, kes Covid-19 di Amerika Syarikat menurun satu pertiga dalam dua minggu terakhir.

"Beberapa perkara telah berlaku dalam dua minggu terakhir ini terutamanya kes jangkitan di dalam negara telah menurun satu pertiga.

"Dalam dua minggu terakhir ini, bekalan vaksin telah ditingkatkan dan kini lebih ramai layak menerima suntikan termasuk golongan berusia 12 hingga 15 tahun.

"Selain itu kita memperolehi data tentang keberkesanan vaksin ini dalam kalangan orang ramai serta varian baharu dan kemampuan menyekat penularan virus berkenaan," katanya.

Negara itu juga menurunkan had umur vaksin kepada 12 tahun.

Sementara itu, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci, juga menekankan bahawa memakai pelitup muka walaupun dalam kalangan orang yang diberi vaksin tetap menjadi pilihan. - Astro Awani