Individu hina Nabi ditahan

Iklan

TEMERLOH - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki ditahan hari ini, selepas tindakan biadabnya yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook tular dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Lelaki berusia 68 itu ditahan di rumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab, kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki tersebut ditahan berikutan laporan polis yang dibuat di Batu Pahat, Johor di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, Ketua Balai Polis Mentakab, Asisten Superintendan Mohd Bijuri Abdullah bersama anggota telah pergi ke rumah lelaki itu berdasarkan alamat dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN Kes hina Rasulullah: Jaga sensitiviti agama lain

Iklan
Iklan