ODHIV tidak boleh disisih ketika Covid-19 melanda

Iklan
ODHIV tidak boleh disisihkan ketika pandemik Covid-19 sedang melanda sekarang, sebaliknya golongan itu harus digalakkan dan diutamakan untuk program vaksinasi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Orang Yang Hidup dengan HIV (ODHIV) tidak boleh disisihkan ketika pandemik Covid-19 sedang melanda sekarang, sebaliknya golongan itu harus digalakkan dan diutamakan untuk program vaksinasi, kata Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Presidennya, Datuk Dr Christopher Lee berkata, walaupun vaksin dan rawatan bagi Covid-19 terus diberi keutamaan, rawatan untuk penyakit-penyakit yang lain tidak harus dilupakan.

Iklan
Iklan

"Pelaburan dan usaha dalam pencegahan serta rawatan HIV perlu diteruskan bagi menyelamatkan nyawa daripada kematian yang tidak diingini termasuklah yang berkaitan dengan HIV/AIDS," katanya dalam kenyataan pada Jumaat menjelang sambutan Hari Peringatan AIDS Antarabangsa 2021 pada 16 Mei ini.

Hari Peringatan AIDS Antarabangsa diraikan di seluruh dunia pada Ahad ketiga bulan Mei setiap tahun dan tema sambutan di Malaysia tahun ini ialah ‘Sentiasa di Hati Kami’ yang dicipta khusus oleh MAM serta Yayasan AIDS Malaysia.

Iklan

Menurut Dr Lee, sejak tahun 1986 hingga 2019, sebanyak 44,829 kematian berkaitan dengan AIDS dilaporkan di negara ini, dan setakat ini terdapat 77,903 ODHIV di Malaysia.

"Walaupun terdapat kemajuan dalam rawatan HIV, hanya 57 peratus sahaja ODHIV yang sedang menjalani rawatan dan dalam usaha Malaysia mencapai kematian sifar berkaitan HIV, perlu dipastikan lebih banyak ODHIV menjalani rawatan.

Iklan

"Kematian dan komplikasi yang berkaitan dengan AIDS mampu dicegah sekiranya ODHIV memulakan rawatan secepat mungkin," jelas Dr Lee. - Bernama