SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa situasi Covid-19 di Malaysia merupakan yang paling teruk dalam ASEAN.
Menerusi hantaran Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu turut berkongsi graf data Universiti John Hopkins yang menunjukkan kes di Malaysia sudah melepasi United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 13 Mei 2021.