Jemaah langgar SOP, Masjid Negeri di Seremban ditutup seminggu

Iklan

SEREMBAN - Masjid Negeri di sini ditutup selama seminggu bermula Jumaat susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menerusi Facebooknya, pelanggaran SOP itu antaranya terdapat jemaah yang tidak memakai pelitup muka dan tidak membawa sejadah sendiri.

Iklan
Iklan

"Selain itu, ada yang berdegil apabila disuruh pulang kerana bilangan jemaah sudah melebihi 50 orang.

"Oleh itu, masjid berkenaan diarah tutup selama seminggu dan dibuka semula pada 21 Mei ini," katanya.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan sama, JHEINS turut mengingatkan jemaah mematuhi SOP ditetapkan oleh JHEAINS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).