Biden sokong kempen serangan Israel di Gaza undang kecaman

Iklan
Mayat seorang bayi Palestin yang terkorban dalam serangan udara dilancarkan rejim Zionis di Beiut Lahya di utara Genting Gaza. Gambar kecil: Ilhan Omar.

WASHINGTON - Wanita Islam pertama yang menyandang jawatan sebagai ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Ilhan Omar menyelar Presiden Joe Biden gara-gara kenyataannya yang berpihak kepada pendudukan Israel dan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

Ilhan menzahirkan rasa terkilan beliau menerusi Twitter selepas Biden menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu dan menyatakan kononnya rejim Tel Aviv mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

Iklan
Iklan

Menurut Rumah Putih, Biden telah menyatakan sokongan yang padu untuk keselamatan dan hak sekutu kuatnya, Israel untuk mempertahankan negara haram itu dan melindungi orang awam sekali gus menyokong kempen ketenteraan terbaharu yang dilancarkan di Genting Gaza.

Beliau dengan selamba menyifatkan ia sebagai ‘tindak balas tidak melampau’ walaupun korban di wilayah Palestin itu terus meningkat.

Iklan

"Beliau tidak langsung menyebut tentang pengusiran penduduk Palestin di Sheikh Jarra, provokatif melampau di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan puluhan kanak-kanak yang terkorban dalam operasi ketenteraan di Gaza. Biden hanya bercakap tentang harapan AS agar situasi di wilayah bergolak itu kembali tenang.

"Beliau tidak mengutamakan isu hak asasi manusia malah berpihak kepada pihak yang melakukan penindasan ke atas Palestin,” ujar wanita berketurunan Somalia terbabit.

Iklan

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki juga senada dengan Biden dan memaklumkan Washington sudah menghubung beberapa negara di Asia Barat termasuk Qatar, Mesir dan Tunisia yang dapat memainkan peranan penting untuk mempengaruhi Hamas bagi meredakan konflik tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken enggan menyatakan sama ada Palestin mempunyai hak yang sama untuk mempertahankan diri mereka.

"Pada pandangan kami, serangan roket dilancarkan Hamas bukan satu bentuk tindakan pertahanan diri,” ujarnya. - Agensi