Beraya di luar negara perkara biasa bagi El Pescao

Iklan
Hafizh bersama jentera pasukan baharunya, NTS RW Racing

MENYAMBUT Aidilfitri di perantauan mungkin menjadi perkara biasa bagi kebanyakan orang di negara ini.

Namun, bagaimana pula jika terpaksa menyambut Aidilfitri di luar negara? Apatah lagi sambutan Aidilfitri itu diraikan seorang diri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun bagi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah perkara berkenaan dilihat sebagai perkara biasa baginya yang telah beberapa kali menyambut Aidilfitri di luar negara.

Bagaimanapun menurut Hafizh yang terkenal dengan gelaran El Pescao, sambutan Aidilfitri di Malaysia dan di luar negara sememangnya jauh berbeza dan jika diberikan pilihan, sudah semestinya dia akan memilih untuk berhari raya di negara ini.

Iklan

"Saya sebenarnya sudah biasa menyambut hari raya di luar negara. Jika tidak silap, kali pertama saya berhari raya di luar negara adalah ketika berada di Belanda.

"Memanglah rasa sedih masa tu, tetapi disebabkan tugas, lama kelamaan saya pun telah terbiasa dengan keadaan seperti itu.

Iklan

"Bagaimanapun tiga tahun sebelum ini, saya dapat berhari raya dengan isteri di trek, tahun lalu dapat berhari raya di Malaysia kerana pandemik Covid-19 di seluruh dunia dan kali ini saya akan menyambut hari raya di Perancis berikutan penganjuran Grand Prix (GP) Perancis di Litar LeMans pada 16 Mei,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Tambah Hafizh sehingga ke hari ini, dia tidak memiliki apa-apa kenangan ketika menyambut Aidilfitri di luar negara.

Katanya, sambutan Aidilfitri di luar negara dirasakan agak suram tanpa kehadiran keluarga serta insan tersayang.

Hafizh bersama isteri pada sambutan Aidilfitri beberapa tahun lalu

"Tiada apa yang menarik pun jika beraya di luar negara kerana kita hanya berseorangan tanpa keluarga dan juga tanpa orang tersayang.

"Kalau di Malaysia kita oleh berjumpa dengan atuk, nenek serta kaum keluarga yang sudah lama tidak bersua muka.

"Saya juga bakal berlumba pada Hari Raya Aidilfitri kali ini. Pendek kata, kenangan raya di luar negara memang tidak ada sangat, tetapi apa pun apa yang saya lakukan ini (berlumba) adalah demi tugas dan kerjaya saya,” katanya.

Menyentuh soal makanan kegemarannya pada hari raya, Hafizh menjelaskan dia sememangnya menggemari kesemua juadah yang hari raya seperti lontong, ketupat daun palas, nasi impit, rendang, daging, ayam masak merah dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, kuah lontong serta kuah kacang adalah dua hidangan kegemarannya dan wajib ada di atas meja pada hari raya.

"Dua hidangan ini memang wajib ada. Lepas tu ada daging (rendang) atau ayam masak merah sebagai pelengkap hidangan.

"Namun, bagi saya kena tengok juga, kalau saya berhari raya di Terengganu, pasti ada keunikannya yang tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Hafizh berkata, dia semakin selesa dengan pasukan baharunya, NTS RW Racng GP, namun masih perlu menyesuaikan diri dengan suspense jentera baharunya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu adalah perkara biasa dalam sukan permotoran dan yakin ia mampu ditangani dalam masa terdekat.

"Segalanya baik ketika ini cuma saya perlu tingkatkan dari semua situasi termasuk diri saya sendiri, jentera dan lain-lain.

"Ini adalah tugas saya, dan saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang selama ini menyokong dan mendoakan saya. Terima kasih,” katanya.