Tiada perebutan kerusi PH di Rantau

Iklan
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-47 di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak akan berlaku perebutan dalam kalangan kepimpinan PH untuk meletakkan calon bertanding bagi kerusi DUN Rantau.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, terserah kepada kepimpinan PKR untuk menentukan calon yang layak bertanding di kerusi itu berikutan kerusi tersebut ditandingi PKR pada PRU14 lepas.

Iklan
Iklan

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa akan berlaku perebutan dalam kalangan PH untuk meletakkan calon di DUN Rantau menentang Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Seperti yang diketahui PKR sebelum ini meletakkan calon mereka Dr. S Streram namun beliau tidak dapat bertanding.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Streram belum pasti dipilih calon PKR DUN Rantau: Azmin

"Ia terpulang kepada PKR untuk membuat keputusan siapakah yang akan bertanding pada PRK kali ini kerana kami sudah ada persefahaman siapa akan bertanding di sesuatu kawasan," katanya.

Iklan

Menurutnya sebelum PRU14 lagi, kepimpinan parti gabungan itu telah membincangkan perkara tersebut.

"Sebelum PRU kita dah bincang, macam Pagoh saya punya, dan lain-lain juga begitu... contoh lah tidak ada rebutan... apa nak rebut," katanya kepada media ketika diminta mengulas isu perebutan yang timbul berikutan kekosongan kerusi berkenaan selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu pada 16 November, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO di DUN terbatal dan tidak sah.

Ini berikutan petisyen difailkan calon PKR , DR S Streram pada 23 Mei untuk mencabar kemenangan Mohamad selepas beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon pada PRU14 lalu.

Mohamad kemudian merayu keputusan tersebut sebelum Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan, PRK perlu diadakan selepas menolak rayuan Mohamad.