Insiden Parit Raja: Amanah sediakan khidmat guaman

Iklan
Taqiuddin Cheman

Iklan
Iklan

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyediakan khidmat guaman melalui biro undang-undang parti kepada 20 anak muda yang ditahan berhubung rusuhan di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis.

Ketua Pemudanya, Taqiuddin Cheman berkata, rusuhan itu dapat dielakkan sekiranya darurat ditamatkan, seterusnya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang bagi membincangkan masalah rakyat dengan lebih tuntas dan berkesan.

Iklan

"Saya mengambil maklum penahanan 20 orang anak muda di Parit Raja pada Jumaat. Apa yang memeranjatkan ialah mereka ini merupakan segolongan anak muda berumur 16 hingga 28 tahun yang bertindak atas kesedaran sendiri tanpa desakan mahupun kepentingan mana-mana pihak.

"Pemuda Amanah yakin ini merupakan manifestasi rakyat terutama anak muda yang sudah marah akibat tindakan kerajaan gagal mengambil berat kebajikan rakyat dengan prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cacamarba dan tidak jelas."Jelas rakyat sudah amat tertekan dan terdesak," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang itu berkata, tindakan segera perlu diambil dengan membuka semula Parlimen dan DUN sebelum sebarang insiden seumpama itu berulang atau lebih teruk lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seramai 20 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian jalanan membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua individu berusia antara 16 hingga 28 tahun yang merupakan penduduk setempat ditahan dalam Operasi Khas bermula jam 11 malam Khamis di sekitar Batu Pahat.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat terperinci insiden merusuh Parit Raja