SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan terhadap gambar yang tular di media sosial berhubung seorang bekas pegawai kanan polis yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemilik akaun Facebook tersebut didakwa seorang bekas pegawai kanan polis yang telah bersara pada tahun 2007 dan jawatan terakhirnya ialah Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.