Wanita, anak jumpa suami bertugas di SJR tak langgar SOP

Iklan
Gambar tular di media sosial memaparkan seorang wanita bersama tiga anaknya bertemu suami yang bertugas di SJR baru-baru ini.

PUTRAJAYA - Tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan seorang wanita bersama tiga anak melawat suaminya yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Fadzil Ali berkata, kejadian tersebut disahkan berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira jam 1 petang di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil.

Iklan
Iklan

"Kejadian melibatkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan anak beliau berumur 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun.

"Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya dan selesai bersalaman keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Pihak IPD Putrajaya tidak berkompromi sekiranya wujudnya pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan SOP dipatuhi.

Iklan

"Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat perkongsian di media sosial," katanya.

Terdahulu, gambar wanita berkenaan bersama tiga anaknya bersalaman dengan seorang anggota polis yang bertugas di SJR pada hari raya Aidilfitri menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.