NEW DELHI - Pesakit yang pulih daripada Covid-19 di India kini bergelut dengan satu lagi patogen.
Ketika ini, doktor di seluruh negara melaporkan peningkatan kes jangkitan ‘fungus hitam’ jarang berlaku dikenali sebagai mucormycosis dalam kalangan pesakit Covid-19 yang merebak dengan cepat melalui sinus dan menjangkiti tisu badan yang lain.
Iklan
Iklan
Difahamkan, mucormycosis adalah penyakit membawa maut yang berpunca daripada fungus digelar mucormycetes yang biasanya ditemui di persekitaran seperti tanah atau bahan organik reput.
Di Hospital Awam Ahmedabad, jumlah kes mucormycosis telah meningkat kepada lebih 200 sejak bulan lalu.
Hospital terbabit juga terpaksa menyediakan wad berasingan untuk menempatkan 30 hingga 40 katil sehari untuk merawat pesakit yang dijangkiti ‘fungus hitam’ itu sejak minggu lalu.
Pada Sabtu, India merekodkan sedikit peningkatan kes jangkitan harian sebanyak 326,098 kes, namun angka kematian mencecah hampir 4,000 orang.
Ia adalah jumlah peningkatan paling rendah dalam tempoh hampir tiga minggu sejak 9 Mei lalu. - Agensi