Sumbang 20 peratus keuntungan kepada rakyat Palestin

Iklan
Mohd Nor Nizam melalui hantaran di Facebook mengumumkan sumbangan 20 peratus keuntungan jualan kempen Aidilfitri kepada rakyat Palestin.

IPOH - Sebagai tanda solidariti terhadap nasib Palestin yang diserang zionis Israel, sebuah butik vendor terbesar di Perak, Gondola31 mengumumkan sumbangan derma sebanyak 20 peratus keuntungan jualan kepada rakyat Palestin.

Pengasas Gondola31, Mohd Nor Nizam Baharudin berkata, 20 peratus keuntungan tersebut melibatkan jualan dalam tempoh kempen Raya Mesti Gempak Gondola31 yang berlangsung pada 12 Mac hingga 12 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pelanggan yang membeli belah sepanjang kempen tersebut secara tidak langsung turut menyumbang kepada derma untuk rakyat Palestin.

"Semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat Illahi serta serba sedikit membantu mereka di sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

Iklan

"ALLAH hadirkan kalian untuk 'support' kami yang mana kemudiannya mendorong kami berkongsi rezeki dengan mereka memerlukan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada malam Sabtu.

Dalam pada itu Mohd Nor Nizam turut mengajak orang ramai untuk terus berdoa dan memberi sumbangan secara terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah buat rakyat Palestin.

Iklan