KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd akan meneruskan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Dipertingkatkan (ETRA) untuk para pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut selari dengan seruan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi perbankan dan kewangan untuk membantu peminjam mengikut keadaan kewangan masing-masing, berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.