Parlimen perlu bersidang, buat usul kutuk kekejaman Israel

Iklan
Muhammad Faiz Hashim

KUANTAN - Kerajaan digesa mengadakan sidang Parlimen bagi membuat usul tergempar mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, parlimen sepatutnya segera bersidang bagi mengetengahkan isu berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tentera Israel amat biadab apabila melancarkan serangan terhadap penduduk Palestin ketika umat Islam Palestin sedang beribadah di Masjid Al Aqsa semasa bulan Ramadhan.

"Serangan yang tidak berperikemanusiaan ini telah mengorbankan nyawa kanak-kanak wanita dan orang awam yang tidak bersalah.

Iklan

"Jadi, sebab itu Parlimen mesti segera diadakan (bersidang) bagi membolehkan usul mengutuk kekejaman Isreal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, kerajaan Malaysia akan hadiri persidangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Isnin dan perlu menyatakan pendirian tegas supaya serangan terbabit perlu dihentikan segera.

Iklan

"Rakyat Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti bersama Rakyat Palestin.Mari kita sama-sama berdoa agar serangan tentera Israel ini dihentikan dan semoga rakyat Palestin terus dilindungi dan dipelihara ALLAH S.W.T," ujarnya.