Kategorikan keganasan sebagai jenayah pembersihan etnik: Peace

Iklan
Mohd Jamizal Zainol

SHAH ALAM - Keganasan yang dilakukan Zionis Israel di Palestin perlu dikategorikan sebagai jenayah pembersihan etnik terhadap kemanusiaan.

Pengerusi Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Peace), Mohd Jamizal Zainol berkata, semua media domestik dan antarabangsa diminta melaporkan keganasan tersebut sebagai jenayah pembersihan etnik yang bersifat politik untuk menubuhkan negara haram Israel.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengeluarkan satu ketetapan dengan segera bahawa kegiatan yang dilakukan secara terancang, sistematik dan meluas itu adalah satu jenayah kemanusiaan.

"Tribunal Khas PBB perlu dilakukan bagi mendakwa dan membicarakan pemimpin-pemimpin Israel yang melancarkan jenayah pembersihan etnik terhadap Arab-Palestin.

Iklan

"Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga wajar mengeluarkan kenyataan serta mengambil tindakan terhadap jenayah yang dilakukan Israel selama ini.

"ICC juga perlu mencadangkan tindakan boleh diambil di bawah undang-undang antarabangsa bagi menamatkan jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel selama ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Jamizal berkata, semua umat Islam di seluruh dunia digesa bersatu padu dan menolak segala persengketaan politik bagi membantu menamatkan jenayah kemanusiaan tersebut.

"Peace berpandangan tidak ada kaedah lain yang lebih tuntas menangani jenayah ini selain perpaduan umat Islam itu sendiri.

"Kta semua perlu terus mengecam sekeras-kerasnya jenayah pembersihan etnik yang dilakukan Yahudi Zionis di Semenanjung Gaza ini,” katanya.