9 Pati dihukum lima bulan penjara

Iklan
Kesemua tertuduh telah ditahan berada dalam sebuah kapal tangki di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam oleh bot ronda Maritim Malaysia

JOHOR BAHRU - Seramai sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia termasuk tiga wanita dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.

Kesemua mereka berumur lingkungan 30 hingga 46 tahun dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah dan dokumen perjalanan tamat tempoh.

Iklan
Iklan

Kesemua tertuduh telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Pertuduhan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Siti Syakima Ibrahim.

Iklan

Terdahulu, kesemua tertuduh telah ditahan berada dalam sebuah kapal tangki di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam oleh bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan Operasi Jaksa pada 8 Januari yang lalu.

Operasi pada kali ini juga mengkhususkan pemantauan sindiket pelacuran seperti yang didakwa oleh media tempatan.

Iklan