PRK Rantau: Wanita PKR cadang tiga nama

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Wanita PKR mencadangkan tiga calon wanita untuk dipertimbangkan pemimpin parti bagi bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin berkata ketiga-tiga mereka merupakan anak tempatan.

Iklan
Iklan

"Kami sangat konsisten dalam mempromosikan wanita sebagai calon kerana kami masih kekurangan wanita di kerusi Parlimen dan ADUN. Oleh itu, kita perlu mempromosikan lebih banyak wanita.

Wanita sudah ada beberapa nama, kita boleh hantar untuk pertimbangan," katanya selepas menutup Forum Perbandaran Malaysia di sini, hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan Tok Mat ditolak, PRK Rantau menyusul

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lalu, sebagai terbatal dan tidak sah.

Iklan

Berikutan itu, PRK DUN Rantau perlu diadakan semula.

Dalam PRU14 lalu, calon PKR Dr. S. Streram yang sepatutnya bertanding bagi kerusi berkenaan dihalang masuk ke pusat penamaan calon oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memiliki pas SPR.- Bernama