PELEDAK Tottenham Hotspur, Harry Kane menjaringkan gol ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL) peribadinya musim ini ketika membantu Spurs mengalahkan Wolverhampton 2-0 di Stadium Tottenham pada Ahad untuk menghidupkan peluang kelab itu berada di kedudukan empat teratas.
Kapten England tersebut meletakkan tuan rumah di depan pada penghujung babak pertama sebelum sebelum Pierre-Emile Hojbjerg menggandakan kedudukan pada minit ke-62.