Hikmah di sebalik derma tak sampai ke Palestin

Iklan

SEJAK dahulu lagi rakyat Malaysia cukup prihatin dengan nasib menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Zionis Israel.

Pelbagai tanda sokongan dizahirkan, antaranya kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Israel dan penyaluran sumbangan wang ringgit untuk rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan terkejut apabila Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mendedahkan bahawa sumbangan rakyat Malaysia untuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada pihak pengurusan negara itu.

Pelbagai andaian timbul mengenai sumbangan yang dihulurkan rakyat Malaysia selama ini, sementelah tular mengenai wujudnya badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan wang sumbangan sehingga 40 peratus untuk kegunaan kos operasi, urusan pentadbiran dan perjalanan.

Iklan

Ada dalam kalangan rakan Merak Jalanan amat yakin sumbangan yang didermakan tidak sampai ke tangan penerima dek kerana NGO terlibat tidak amanah.

Bagi Merak Jalanan, sumbangan perlu diberikan kepada NGO yang benar-benar ikhlas mengutip wang daripada rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

Iklan

NGO yang tulen mempunyai pelbagai bukti seperti gambar dan video program bantuan, penyata kira-kira keluar masuk wang serta perjalanan aktiviti mereka membantu rakyat Palestin.

Walaupun memiliki sikap pemurah, rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati menderma terutama melibatkan bantuan ke luar negara.

Biarlah bantuan yang kita berikan benar-benar membantu mereka yang memerlukan di sana.

Justeru, pilihlah NGO yang jujur dan amanah kerana sebenarnya masih banyak NGO di Malaysia yang benar-benar berjuang untuk pembebasan rakyat Palestin.