Malaysia perlu gubal undang-undang 'Anti-Tapisan Perjuangan Palestin'

Iklan
Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan sebarang sekatan penyebaran berita dan hak bersuara mereka, adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima.

SHAH ALAM – Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) menggesa kerajaan menggubal Undang-undang Menghalang Sekatan Penyebaran Perjuangan Palestin didakwa dilakukan oleh syarikat gergasi media sosial dunia.

Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar; dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut mereka, MACSA memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi dan sewenang-wenangnya, terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin.

"Pelbagai dakwaan telah dibuat oleh ramai pengguna bahawa syarikat-syarikat ini telah menyekat kebebasan bersuara mereka dengan menghapuskan posting atau komen yang sah dan/ atau menutup akaun dengan sewenang-wenangnya tanpa memberi alasan dan melalui proses yang sewajarnya.

Iklan

"Maka, sudah tiba masanya syarikat rangkaian sosial ini dipertanggungjawabkan ke atas pencabulan kebebasan bersuara. Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan sebarang sekatan penyebaran berita dan hak bersuara mereka, adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima.

"Oleh itu, MACSA menyeru agar Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggubal ‘undang-undang Anti-Tapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin’ agar syarikat rangkaian sosial gergasi ini dipertanggungjawabkan dalam sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara,”menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut mereka lagi, MACSA mengakui syarikat-syarikat tersebut mempunyai hak untuk menyekat ucapan kebencian tetapi apa yang dimaksudkan dengan ucapan kebencian mestilah diperjelaskan.

"Sebarang sekatan bersuara mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus dan bukan sewenang-wenang seperti yang dilakukan sekarang.

"Mana-mana syarikat rangkaian sosial gergasi yang melanggar undang-undang ini hendaklah dikenakan denda yang setimpal,”katanya.