22 kompaun rentas negeri di SJR Plaza Tol Gombak

Iklan
Gambar tular memaparkan kesesakan di Tol Gombak pada Ahad.

GOMBAK - Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan pihak polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya membuat pemeriksaan teliti terhadap semua jenis kenderaan yang melalui SJR Plaza Tol Gombak bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan teliti yang dilakukan di SJR ini menyebabkan kesesakan kira-kira tiga kilometer (km) di laluan ini.

"Ia tidaklah serius berbanding hari perayaan biasa seperti tahun sebelum ini iaitu kebiasaannya sesak kira-kira 20 hingga 30km walaupun tiada SJR sebelum Tol Gombak," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Iklan

Arifai berkata, beliau berada di Tol Gombak memantau SJR pada jam 5 petang hingga 1 pagi.

"Kebanyakan pengguna jalan raya yang diperiksa ada dokumen rentas negeri. Paling banyak adalah urusan balik ke universiti dan pendidikan," katanya.

Iklan

Tular sebelum ini beberapa gambar yang memaparkan kesesakan di Tol Gombak.