Tiada kes varian Afrika Selatan di Palong, Jempul

Iklan
Tular mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.

SEREMBAN - Laporan mengenai dakwaan kononnya berlaku jangkitan Covid-19 yang membabitkan varian Afrika Selatan di sekitar Palong, Jempol adalah tidak benar.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, berita yang tular di media sosial dan kumpulan WhatsApp itu hanyalah rekaan semata-mata.

Iklan
Iklan

Katanya, sehingga kini, tiada lagi laporan mengenai varian Afrika Selatan di Jempol, malah kes kematian yang berlaku pada Sabtu adalah disebabkan jangkitan Covid-19 biasa.

"Dimaklumkan pada Sabtu terdapat satu kes kematian Covid-19 melibatkan wanita Melayu, suri rumah, berusia 62 tahun dari Palong 5.

Iklan

"Kes dirawat di Hospital Jempol sebagai Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), keputusan PCR Covid-19 adalah positif.

"Seramai lima kontak telah dikesan dan keputusan saringan masih belum diterima, dan Pejabat Kesihatan Daerah tidak menerima laporan mengenai varian Afrika di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, tiada sebarang penutupan jalan keluar masuk di sekitar Palong 4, 5 dan 6, seperti yang tular.

Pada Ahad, tular di kumpulan WhatsApp dan media sosial mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.

Varian tersebut dikatakan mula menjangkiti penduduk di Palong 5 dengan cepat sehingga menyebabkan semua pintu masuk di Palong 4, 5 dan 6 ditutup.