PGA kawal ketat 128 pangkalan haram di Kelantan

Iklan
Kawalan di setiap ceruk pangkalan haram yang menjadi 'laluan tikus' untuk aktiviti jenayah rentas sempadan dilakukan secara bergilir-gilir oleh PGA Batalion 7 Kuantan, Batalion 8 Pengkalan Chepa dan Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Benteng Covid-19.

RANTAU PANJANG - Sebanyak 128 pangkalan haram yang terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Pos Ibrahim Pencen sehingga Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat dikawal ketat oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan.

Kawalan setiap inci di pangkalan haram yang menjadi 'laluan tikus' untuk aktiviti jenayah rentas sempadan itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh PGA Batalion 7 Kuantan bersama Batalion 8 Pengkalan Chepa dan Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Benteng Covid-19.

Iklan
Iklan

Kehadiran ketiga-tiga pasukan itu berjaya 'membendung' aktiviti jenayah rentas sempadan menerusi kejayaan tangkapan berkaitan penyeludupan.

Rondaan rutin selama 24 jam sehari sentiasa dilakukan di kawasan pangkalan haram bagi memastikan keselamatan sempadan negara berada pada tahap terbaik.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rondaan rutin selama 24 jam sehari sentiasa dilakukan di kawasan pangkalan haram bagi memastikan keselamatan sempadan negara berada pada tahap terbaik.

Iklan

"Rondaan rutin itu dilakukan menerusi jalan kaki dan pacuan empat roda menunjukkan komitmen tinggi anggota PGA dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.

Menurutnya, susulan kawalan ketat itu menyaksikan penyeludup terpaksa mengubah taktik dengan memunggah barangan seludup dalam kuantiti sedikit-sedikit.

Iklan
Anggota PGA melakukan pemantaun di laluan tikus.

Beliau berkata, penyeludup menjadikan rumah dan bangunan kosong serta kawasan semak sebagai transit sementara sebelum membawa keluar barangan seludup itu.

Azhari berkata, bagaimanapun tindakan itu tetap berjaya digagalkan oleh ketangkasan anggota PGA.

Katanya, penularan pandemik Covid-19 turut mendorong penduduk mengambil risiko dengan menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai mata pencarian untuk menampung kehidupan harian.

"Covid-19 menyebabkan kegiatan ekonomi lumpuh sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan untuk golongan berkenaan," katanya.

Azhari turun padang meninjau situasi terkini penugasan PGA menerusi Op Benteng Covid-19 di Sungai Golok.

Beliau berkata, penugasan membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut diberikan perhatian.

"Kita mahu memutuskan rantaian Covid-19 yang berkemungkinan dibawa masuk oleh mereka (PATI)," katanya.