'Jaringan Jebbison detik menakjubkan'

Iklan
Jebbison meraikan jaringannya pada perlawanan menentang Everton di Goodison Park.

PENGENDALI sementara (caretaker) Sheffield United, Paul Heckingbottom menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas Everton hasil jaringan tunggal pemain berusia 17 tahun, Daniel Jebbison sebagai detik yang paling menakjubkan.

Menurutnya, tambah membanggakan kemenangan berkenaan dilakar di gelanggang lawan (Goodison Park), oleh seorang pemain muda yang beraksi buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

"Bagi saya, detik ini adalah yang paling menakjubkan kerana kami mencatatkan kemenangan dan ia dihasilkan oleh pemain yang beraksi buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dia (Jebbison) sememangnya berhak untuk diturunkan kerana dia seorang pemain yang sentiasa bekerja keras dan seorang pemain yang menunjukkan perkembangan yang baik di akademi.

Iklan

"Semua faktor itu membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menyenaraikannya pada perlawanan kali ini dan dia membalas kepercayaan itu,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Jebbison menjaringkan gol tunggal yang juga gol kemenangan The Blades, seawal minit ke-7.

Iklan

Jaringan berkenaan sekali gus menjadikan pemain itu sebagai seorang lagi pemain termuda yang menjaringkan gol kemenangan pasukan dalam saingan EPL ketika berusia 17 tahun 309 hari selepas pemain Manchester United, Federico Macheda, melakukannya ketika berdepan Sunderland pada 2009 ketika berusia 17 tahun 232 hari.

Kemenangan berkenana bagaimanapun tetap gagal mengubah nasib The Blades yang bakal tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim depan apabila menamatkan saingan EPL pada kedudukan tercorot dengan hanya meraih 20 mata musim ini.

Sementara itu, Heckingbottom berharap gol berkenaan turut berjaya menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan tindakannya menurunkan Jebbison pada perlawanan berkenaan.

Malah katanya, aksi yang dipamerkan Jebbison juga telah menjawab segala persoalan khususnya terhadap kemampuan pemain berkenaan.

"Saya sering ditanya, dengan keadaan pasukan yang tersingkir ke Liga Kejuaraan, apakah pemain akan meneruskan perjuangan pada baki saingan musim ini?

"Saya melihatnya sebagai tindakan yang jelas tidak menghormati pasukan selain ia juga satu kenyataan yang menyinggung pemain, tetapi semuanya sudah pun terjawab,” katanya.