Cadang PKP penuh di Selangor

Iklan
Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dan lebih ketat di Selangor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Sekiranya melihat kepada ketidakupayaan mengekang penularan Covid-19, maka cadangan untuk melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan," katanya pada sidang akhbar secara maya mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Isnin.

Turut sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin

Iklan

Menurutnya, pelaksanaan PKP memberi laluan kepada KKM untuk melakukan lebih banyak ujian, pengasingan dan rawatan.

"Kerajaan negeri juga menjalankan ujian RTK- Antigen di kawasan yang mempunyai bilangan kes tinggi serta melakukan pengesanan kontak dengan cepat," katanya.

Iklan

Beliau mengulas mengenai kelonggaran pelaksanaan PKP di Selangor kerana negeri itu melaporkan kes harian positif Covid-19 tertinggi hampir setiap hari.

"Pada peringkat awal kita melaksanakan PKP di enam daerah di Selangor dan kini seluruh negara," katanya.

Pada perkembangan sama, Dr Adham mengakui kelemahan pelaksanaan SOP Aidilfitri yang menghalang ziarah dari rumah ke rumah.

"Apabila kerajaan tidak membenarkan sambutan hari raya dari rumah ke rumah, kita dapati ramai pergi ke pusat beli-belah untuk bertemu," katanya.

Menurutnya, KKM bimbang tindakan itu akan mencetuskan kluster Covid-19.

"Inilah kelemahan yang kita gagal kenal pasti lebih awal,” katanya.

Kompleks membeli-belah menjadi tumpuan apabila ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti Aidilfitri untuk keluar bertemu ahli keluarga serta rakan-rakan.