NGO disaran integrasi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

Iklan
NGO disaran supaya mengintegrasi sumbangan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan mereka dapat sampai terus kepada sasaran. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran supaya mengintegrasi sumbangan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan mereka itu dapat sampai terus kepada sasaran.

Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia), Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata, bagi pertubuhan atau persatuan yang tidak mempunyai saluran terus ke Palestin, bantuan mereka boleh disalurkan kepada organisasi di bawah kerajaan.

Iklan
Iklan

"Mungkin untuk mereka (NGO) yang baharu, mungkin belum ada saluran atau wakil di sana (Palestin), belum ada akaun bank dan sebagainya, mungkin elok untuk NGO yang baharu ini, berkoordinasi dan menyalurkan bantuan mereka terus kepada tabung yang ditubuhkan oleh kerajaan, mungkin itu lebih bermanfaat dan lebih teratur," katanya dalam satu temu bual bersama Bernama TV di sini pada Isnin.

Beliau berkata, koordinasi dan bantuan yang dilaksanakan secara berintegrasi oleh NGO-NGO baharu ini ia akan memastikan sokongan berterusan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin.

Iklan

Selain itu menurutnya, mereka juga boleh bekerjasama dengan NGO khusus yang mengumpulkan dana dan bantuan kepada rakyat Palestin, bagi memastikan bekalan makanan serta keperluan perubatan tidak terputus, khususnya dalam tempoh keperluan mendadak kesan daripada tindakan kejam rejim zionis.

Dr Ahmad Faizal berkata, MERCY Malaysia serta NGO khusus yang menyalurkan bantuan kepada Palestin seperti Aman Palestin dan Yayasan Al Quds sentiasa memastikan maklumat keperluan rakyat Palestin disampaikan bagi kesinambungan bantuan dari Malaysia.

Dr Ahmad Faizal

Iklan

Beliau berkata, program bantuan kesihatan mental atau Bantuan Psikososial antara tiga bentuk bantuan utama MERCY Malaysia kepada penduduk Palestin yang bertujuan mengurangkan tekanan dan impak peperangan khususnya kepada kanak-kanak dan golongan wanita.

"Kita juga telah lama ada program psikososial atau bantuan kesihatan mental yang telah berlangsung secara berterusan sejak 2009 ke Palestin terutama sekali di Gaza. Kita akan panjangkan bantuan ini di kedua-dua Gaza dan Baitulmuqaddis serta Tebing Barat,” katanya.

Dr Ahmad Faizal berkata, bantuan psikososial ini dilakukan secara terus oleh pasukan Mercy Malaysia yang telah dilatih di bumi Palestin, tetapi kini dilakukan secara dalam talian oleh pasukan bantuan kesihatan mental dan sosial yang terlibat di Malaysia.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan secara fokus dan teratur kerana selain bantuan-bantuan fizikal, bantuan psikososial dan kesihatan mental ini sangat penting sebab trauma yang dialami terutama sekali kanak-kanak yang melihat keganasan dan kemusnahan yang berlaku.

MERCY Malaysia telah memberi bantuan perubatan dan kemanusian kepada Palestin sejak 2008, namun situasi Covid-19 ketika ini telah mengehadkan pergerakan dan mereka menggerakkan misi bantuan menerusi pasukan dan wakil MERCY di Gaza. - Bernama