KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM300,000 sebagai tanda solidariti bagi membantu rakyat Palestin.
Penyerahan kurniaan itu disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Tengku Datuk Azmi Tengku Jaafar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Iklan
Iklan
Majlis tersebut turut disaksikan Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud dan Setiausaha Sulit Kanan Sultan Muhammad V, Datuk Nik Shafriman Nik Hassan.
Kurniaan tersebut bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel.
Ia diserahkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).
Sementara itu Ahmad berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih di atas kurniaan tersebut.
"Kurniaan ini membuktikan keprihatinan, kebersamaan serta solidariti Tuanku di atas situasi getir bumi Al-Aqsa sekarang ini," katanya.