KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya bertenang susulan ancaman keselamatan dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya serius dengan perkara tersebut dan akan mengambil langkah-langkah perlu dengan meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.