JOHOR BAHRU - Tiada keperluan untuk kerajaan negeri Johor memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mewujudkan hospital medan setakat ini meskipun penggunaan katil di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital kerajaan di negeri ini melebihi 90 peratus.
Exco Kesihatan negeri, R Vidyananthan berkata, ini adalah kerana keadaan Covid-19 di Johor masih belum mencapai tahap kritikal ataupun membimbangkan selain mendapat bantuan daripada hospital-hospital swasta di negeri itu.