KUALA LUMPUR - MBSB Bank Bhd pada Isnin mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan tambahan atau pengurangan enam bulan sebanyak 50 peratus ke atas bayaran ansuran bulanan kepada pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, sokongan tersebut disediakan di bawah Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang turut diperluaskan kepada perusahaan kecil dan mikro.