Dikompaun RM10,000 benar pelanggan makan di premis

Iklan
Pasukan pemantau ketika membuat pemeriksaan di sekitar Medan Niaga Bahau pada Isnin.

JEMPOL- Pemilik sebuah kedai makan di Medan Niaga Bahau dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati membenarkan pelanggan makan di dalam premisnya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tindakan kompaun itu diambil semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemilik premis berusia 54 tahun berkenaan dikompaun selepas didapati gagal memastikan pelanggan mematuhi SOP dengan membenarkan pelanggan makan di premisnya.

"Selain itu, seorang pelanggan berusia 30 tahun turut dikompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan makan di dalam kedai ketika tempoh pelaksanaan PKP," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Chang Hook berkata, dalam operasi sama, lima lagi individu berusia antara 29 hingga 59 tahun turut dikenakan kompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal mendaftar masuk ke dalam sebuah kedai makan di Kampung Bakar Batu, Bahau dan sebuah restoren di Pusat perniagaan Bahau.

"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Iklan