2 lelaki dikompaun RM5,000 rentas daerah guna laluan tikus

Iklan
Dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran rentas daerah yang sah.

ALOR SETAR - Dua pemandu kereta yang cuba merentas daerah melalui laluan tikus dikenakan kompaun RM5,000 ketika ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Bukit Pinang-Kepala Batas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran rentas daerah yang sah ketika melalui laluan tikus untuk memasuki daerah Kota Setar dari arah Jitra pada jam 6 petang.

Iklan
Iklan

"Polis mengeluarkan kompaun atas kesalahan Perkara 4 dan 5 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, pasukan Pemantau Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar (IPD) Kota Setar mendirikan SJR Bergerak 'Snap Check' di Jalan Bukit Pinang Kepala Batas untuk memeriksa kenderaan yang menggunakan laluan itu untuk masuk ke Kota Setar.

Iklan
Iklan

"Pasukan pemantau akan meneruskan pemeriksaan mengejut di semua lokasi terutamanya di laluan tikus untuk memasuki daerah ini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 19 Mei," katanya.