China sokong pengecualian IPR vaksin negara membangun

Iklan
China memahami dan menyokong permintaan negara membangun mengenai pengecualian daripada hak harta intelek (IPR) vaksin Covid-19. Foto 123RF

BEIJING - China memahami dan menyokong permintaan negara membangun mengenai pengecualian daripada hak harta intelek (IPR) vaksin Covid-19, menurut Kementerian Luar negara itu.

Jurucakapnya, Zhao Lijian berkata, melihat kepada kepentingan vaksin dalam mengakhiri pandemik Covid-19, China selaku negara membangun terbesar dan anggota komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk kepada negara membangun lain sehingga bebas sepenuhnya daripada wabak.

Iklan
Iklan

"Kami menyokong sebarang tindakan kondusif yang diambil untuk memastikan negara membangun mendapat akses kepada vaksin secara adil.

"Ini cerminan sebenar bahawa vaksin adalah produk awam global, dan juga komponen penting dalam merealisasikan visi komuniti kesihatan sesama insan", ujar beliau dalam taklimat harian di sini pada Isnin.

Iklan

Difahamkan, China setakat ini menyumbang bekalan vaksin Covid-19 kepada lebih 80 negara dan tiga pertubuhan antarabangsa, selain mengeksport produk berkenaan kepada 50 negara.

Selain itu, proses pengilangan vaksin secara besar-besaran giat dilaksanakan China menerusi pemindahan teknologi dan kolaborasi dengan 10 negara antaranya Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iklan

Dalam perkembangan lain, vaksin Covid-19 keluaran Sinopharm yang mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggunaan kecemasan, sedang diusahakan untuk program agihan vaksin COVAX.

Selain itu, China juga akan membekalkan vaksin untuk misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

"Meskipun kami sendiri mempunyai bekalan terhad dengan sasaran penduduk yang perlu divaksin agak ramai, namun kami tetap menghulurkan tangan bagi membantu negara membangun lain untuk mendapat akses kepada vaksin mampu milik," tegasnya. - Bernama