Kereta api laju Indonesia beroperasi tahun depan: Jokowi

Iklan
Kereta api laju, mercu baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi tahun depan.

JAKARTA - Kereta api laju, mercu baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi tahun depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Jokowi dalam cicipan di twitter rasminya@jokowi pada Selasa berkata, pembangunan projek kereta api laju dari Jakarta ke Bandung itu kini telah mencapai 73 peratus dan dijangka beroperasi pada akhir tahun 2022.

Iklan
Iklan

Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak AS$6.071 bilion atau sekitar Rp88.4 trilion dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

"Rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari stesen Halim di Jakarta dan berakhir di Stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3 kilometer (km) dan tempoh perjalanan 46 minit,” tweet Jokowi.

Iklan
Iklan

Jokowi yang dipetik media tempatan berkata, projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700km dijangka siap pada 2025. - Bernama