MOSCOW - Palestin merancang untuk membawa kes serangan Israel terhadap pejabat agensi media di Semenanjung Gaza ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Duta Besar Palestin ke Rusia Abdel Hafiz Nofal kepada agensi berita Sputnik.
"Kami akan mengemukakan pertanyaan ini dan pertanyaan lain, kerana serangan Israel ke atas Gaza adalah satu jenayah dan kami akan melakukannya," kata Nofal.