Jual Versys 650cc demi bantu Palestin

Iklan
Motosikal berjenama Versys 650cc yang dijual oleh Khaidhir Ali Matar. Foto FB Khaidhir Ali Matar

SHAH ALAM - Seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi sanggup menjual kenderaannya itu bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Menerusi hantaran di Facebook, pengguna media sosial bernama Khaidhir Ali Matar berkata, motosikal berjenama Versys 650cc miliknya itu dijual dengan harga RM30,000.

Iklan
Iklan

"Jualan Amal Palestin. Sebuah jentera versys 650cc 2017. Jentera sangat-sangat terjaga. Semua duit akan diberikan kepada Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, mana-mana individu berminat untuk membeli jentera kesayangannya itu boleh menghubunginya Abdul Muein Mohd Noor di talian 0138021017 ataupun berurusan dengannya di 0135673439.

Iklan

"Kemudian resit serah kepada saya dan boleh datang ambil motor pada bila-bila masa di Keningau,Sabah. Moga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik,” ujarnya.

Pada 15 Mei lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuka bidaan kepada kepada orang ramai untuk membida kenderaan miliknya bagi mengisi tabung misi bantuan umat Islam di Palestin.

Iklan

Pada Selasa, kereta Muhammad Sanusi itu dibida pada harga RM150,000 oleh Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra.

Menurut Muhammad Sanusi, hasil bidaan kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) yang dibuka pada harga rizab, RM55,000 melonjak tiga kali ganda dan disumbangkan ke akaun #aid4Palestine.