Serangan Israel burukkan lagi situasi Covid-19 di Palestin

Iklan
Seorang lelaki berjalan melewati sebuah pangsapuri yang rosak setelah pesawat Israel menyerang markas Persatuan Bulan Sabit Merah Qatari di kejiranan al-Rimal di bandar Gaza. - Foto Ali Jadallah/Anadolu Agency

KUALA LUMPUR - Tindakan melampau Israel di wilayah Palestin akan semakin memburukkan jangkitan Covid-19 di kalangan penduduk Palestin.

Editor Agensi Anadolu Timur Tengah yang berpangkalan di al-Quds (Baitulmuqaddis), Turgut Alp Boyraz berkata, perjuangan menentang pandemik di wilayah-wilayah yang dijajah telah terbatas dengan serius oleh kerana sekatan yang dikenakan rejim Israel.

Iklan
Iklan

"Situasi di Gaza amat teruk, disebabkan sekatan, mereka tidak mempunyai cara untuk membendung Covid-19. Situasi yang sama juga berlaku di Tebing Barat, dengan penduduk Palestin di sana juga mempunyai akses terhad kepada kemudahan perubatan dan vaksinasi.

"Hospital hampir penuh dan jumlahnya terus meningkat," katanya semasa forum maya 'Harnessing 24-Hour Global Journalism on Palestine Issue' pada Selasa.

Iklan

Forum ini dianjurkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dengan penyertaan wakil media dari Malaysia, Indonesia, Bosnia-Herzegovina, Nigeria dan Turki.

Bagaimanapun, beliau berkata, kira-kira 5,000 penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang sekarang dikuasai Israel telah mendapat akses vaksinasi.

Iklan

Menurut laporan berita, serangan udara Israel pada Isnin sebahagiannya telah memusnahkan satu-satunya makmal Covid-19 di Gaza, klinik Al-Rimal. Berikutan itu, ia tidak lagi dapat menjalankan saringan untuk pesakit Covid-19.

Sehingga 17 Mei, sejumlah 332,915 kes Covid-19 telah dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.

Sementara itu, Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan setakat ini 273,438 orang telah divaksin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, termasuk 195,675 penduduk yang menerima dos kedua vaksin itu. - Bernama